Sunday, May 29, 2011

Mana Satu Hatimu?





Lobak umum mengetahui ianya keras namun menjadi lembik setelah dimasukkan ke dalam air yang mendidih. Telur pula sebelum dimasukkan kedalam air mendidih, kulitnya rapuh melindungi isi lembutnya yang berupa cecair. Namun membeku dan menjadi keras selepas itu. Berbeza dengan kopi, sebelum dikisar menjadi serbuk, ia sangat keras. Setelah menjadi serbuk, ia dengan mudah larut dalam air panas. Sifat pepejalnya hilang. Ia larut seolah-olah mengalah kepada air panas. Namun ia berjaya mengubah warna dan rasa air yang mendidih itu.


Mana satu hatimu wahai sahabat sekalian?


Lobak? Telur? atau Kopi?


Adakah kita seperti lobak yang keras, tetapi lembik apabila dilanda ujian serta cabaran? Tercari- cari siapa dalang di sebalik 'kepanasan' yang terjadi. Ataupun adakah kita seperti telur yang bermula dengan hati lembut, tetapi berubah menjadi keras setelah melalui ranjau kehidupan? Tercari-cari kepada siapa dendam harus dibalas di atas penderitaan yang dialami. Atau seperti biji kopi yang tidak pernah hilang jati diri dalam menghadapi setiap dugaan. Kepasrahan dalam menghadapi dugaan tidak menjauhkan diri dari matlamat kehidupan sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi.


cuba renung2 kan. Di tahap mana anda berada?

wassalam

No comments:

Post a Comment