Sunday, May 29, 2011

Kenapa Hati Manusia Selalu Tidak Setia



hari ini kita begitu mencintai perempuan / lelaki itu. bagi kita dia adalah segala- galanya. malah ada yang yakin bahawa mereka - mereka itu adalah jodoh kita. sedangkan jodoh itu adalah rahsia Illahi. kita tidak tahu dengan siapa kita akan dijodohkan di dunia ini. 


namun apabila kita rasa kita berjumpa dengan orang lain yang lebih baik daripada orang yang kita suka / pasangan kita, kita akan mula rasakan kasih sayang terhadap pasangan / orang yang kita suka itu berkurangan. kenapa hal ini berlaku? kerana kita tidak setia. kerana kamu tidak betul - betul menyayangi pasangan kamu. kamu tidak ikhlas menyayangi mereka. 


jika kamu ikhlas, jika kamu setia, datanglah sehebat, sehandsome, secantik mana pun orang lain, kamu tetap hanya akan setia pada pasangan kamu. 


kamu tipu seandainya kamu mengatakan kamu mencintai pasangan kamu sepenuh hati, seandainya dalam hati kamu masih mampu jatuh cinta dengan orang lain.


tepuk dada tanya selera.


buat kaum hawa, jagalah dirimu. jangan biarkan dirimu tergoda dengan pelbagai cinta. jika kamu menyayangi seorang lelaki, sayangilah dia sepenuh hati (yang pasti cinta utama tetap pada Allah SWT ). jangan kamu campur adukkan cinta kamu terhadap pasangan kamu dengan cinta lelaki2 lain. jika dia cinta pertama kamu, jadikan dia juga cinta terakhir kamu.


wassalam.

No comments:

Post a Comment