Sunday, May 29, 2011

Mana Satu Hatimu?





Lobak umum mengetahui ianya keras namun menjadi lembik setelah dimasukkan ke dalam air yang mendidih. Telur pula sebelum dimasukkan kedalam air mendidih, kulitnya rapuh melindungi isi lembutnya yang berupa cecair. Namun membeku dan menjadi keras selepas itu. Berbeza dengan kopi, sebelum dikisar menjadi serbuk, ia sangat keras. Setelah menjadi serbuk, ia dengan mudah larut dalam air panas. Sifat pepejalnya hilang. Ia larut seolah-olah mengalah kepada air panas. Namun ia berjaya mengubah warna dan rasa air yang mendidih itu.


Mana satu hatimu wahai sahabat sekalian?


Lobak? Telur? atau Kopi?


Adakah kita seperti lobak yang keras, tetapi lembik apabila dilanda ujian serta cabaran? Tercari- cari siapa dalang di sebalik 'kepanasan' yang terjadi. Ataupun adakah kita seperti telur yang bermula dengan hati lembut, tetapi berubah menjadi keras setelah melalui ranjau kehidupan? Tercari-cari kepada siapa dendam harus dibalas di atas penderitaan yang dialami. Atau seperti biji kopi yang tidak pernah hilang jati diri dalam menghadapi setiap dugaan. Kepasrahan dalam menghadapi dugaan tidak menjauhkan diri dari matlamat kehidupan sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi.


cuba renung2 kan. Di tahap mana anda berada?

wassalam

Kenapa Manusia Mudah Jatuh Cinta



Lumrah alam.....


manusia punya perasaan untuk dicintai dan mecintai.


setiap manusia punya hak untuk dicintai dan mencintai.


tapi jangan lebihkan cinta sesama makhluk melebihi cinta kamu kepada Allah SWT.
jangan dikejar cinta manusia jika cinta kamu pada Nya kurang.


wassalam

Kenapa Hati Manusia Selalu Tidak Setia



hari ini kita begitu mencintai perempuan / lelaki itu. bagi kita dia adalah segala- galanya. malah ada yang yakin bahawa mereka - mereka itu adalah jodoh kita. sedangkan jodoh itu adalah rahsia Illahi. kita tidak tahu dengan siapa kita akan dijodohkan di dunia ini. 


namun apabila kita rasa kita berjumpa dengan orang lain yang lebih baik daripada orang yang kita suka / pasangan kita, kita akan mula rasakan kasih sayang terhadap pasangan / orang yang kita suka itu berkurangan. kenapa hal ini berlaku? kerana kita tidak setia. kerana kamu tidak betul - betul menyayangi pasangan kamu. kamu tidak ikhlas menyayangi mereka. 


jika kamu ikhlas, jika kamu setia, datanglah sehebat, sehandsome, secantik mana pun orang lain, kamu tetap hanya akan setia pada pasangan kamu. 


kamu tipu seandainya kamu mengatakan kamu mencintai pasangan kamu sepenuh hati, seandainya dalam hati kamu masih mampu jatuh cinta dengan orang lain.


tepuk dada tanya selera.


buat kaum hawa, jagalah dirimu. jangan biarkan dirimu tergoda dengan pelbagai cinta. jika kamu menyayangi seorang lelaki, sayangilah dia sepenuh hati (yang pasti cinta utama tetap pada Allah SWT ). jangan kamu campur adukkan cinta kamu terhadap pasangan kamu dengan cinta lelaki2 lain. jika dia cinta pertama kamu, jadikan dia juga cinta terakhir kamu.


wassalam.

Keputusan UEFA Champions League 2010-2011




Pasukan Barcelona berjaya menggondol piala kejuaraan UEFA Champions League pada malam tadi.


Barcelona 3 - 1 Manchester United.


gol Barcelona dijaringkan oleh Pedro Rodriguez, Lionel Messi dan David Villa.


satu gol tunggal Manchester United dijaringkan oleh Wayne Rooney

Beza Antara Suka, Cinta dan Sayang


setiap manusia biasanya mengandaikan Suka, Sayang dan Cinta adalah perkara yang sama,. Namun terdapat perbezaan yang ketara dalam mendefinisikan 3 perkara tersebut.


Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau menyukai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau mencintai seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."

Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela